Nama
buku: Bicaralah Yang Baik Ataupun Diam
Penulis:
Iqro’ Firdaus
Muka
surat: 134
Penerbit:
Puteh Press
Tahun
terbit: 2021
Cetakan:
Kedua
ISBN:
9-789673-695577
Menyelak
lembaran dalam naskah ini,
sesekali
ia mengingatkan kita kembali agar tidak mensia-siakan satu nikmat ini, iaitu
lidah. Lidah mampu menyelamatkan manusia demikianlah pula sebaliknya ia mampu
membinasakan kita tanpa sadari.
Andai
dihitung, berapa ramaikah yang berjaya mendidik lisan untuk mengenal
perkataan-perkataan yang baik? Adakah kita termasuk dalam kelompok yang
mengatur kata-kata yang elok dan indah?
Judul
Bicaralah Yang Baik Ataupun Diam merupakan buah tangan daripada penulis
kelahiran Indonesia, Iqro’ Firdaus. Penulis telah menghasilkan berbagai-bagai
buku dan kerap didendangkan namanya di persada Indonesia seperti dalam artikel,
majalah dan sebagainya. Karya
bermutu yang dihasilkan ini bertujuan hendak membimbing manusia memanfaatkan
lisan agar tidak ada yang tersasar dari landasan Islam kerana menyalahgunakan
fungsi lisan yang sewajarnya.
Buku
ini memfokuskan sekadar dua bab yang utama. Bab pertama mengandung tiga belas
tajuk kecil yang menguraikan kepentingan membentuk kelakuan yang baik melalui
ucapan yang kita gunakan dalam percakapan setiap hari. Akhlak yang berjaya
ditanamkan mengikut acuan Islam akan sedaya upaya membimbing setiap insan untuk
meluruskan percakapannya dalam hal-hal kebaikan.
Justru
itu, pada bagian ini penulis banyak mengklasifikasikan perbualan-perbualan yang
menyebabkan adab seseorang hilang dan musnah. Lantas, bagaimanakah pula
sepatutnya bagi seseorang melindungi lisan daripada dinodai oleh kata-kata yang
kesat, ada dibincangkan lebih padu dalam karya ini. Di samping itu, terdapat
berbagai teknik dimuatkan seperti tips menjadi
pembicara yang baik, mengawal lisan ketika amarah sedang memuncak dan
lain-lain lagi.
Bagian
kedua pula, penulis mencantumkan enam bab kecil yang mendidik seluruh manusia
untuk mencontohi ketinggian budi pekerti Rasulullah SAW. Dalam bab kedua ini,
kita akan dapat belajar dan melihat cara Rasulullah SAW sebenarnya ketika
mengalunkan suara kepada para sahabat. Cara baginda menggunakan lisan sewaktu
berkomunikasi sangat halus dan penuh kelembutan serta berbeda jika dibandingkan
dengan sesetengah gaya manusia yang sangat tergesa-gesa. Rasulullah SAW
merupakan epitome dan semestinya baginda menjadi teladan dalam seluruh aspek
termasuklah dari segi percakapan.
Karya
ini tidak dikarang dengan omong kosong saja. Malahan, ia sangat
kaya dengan dalil-dalil al-Quran, hadis, rujukan ilmiah, tinta para ulama dan
kisah-kisah tertentu sebagai panduan untuk mendalami, menghayati, mengetahui
ancaman bagi setiap muslim yang tidak cakna dalam perbualannya. Namun, tetap
dilengkapi dengan syarahan penulis yang cukup mudah penjelasannya.
Lisan
boleh menumbangkan seseorang sekiranya ia tidak dikawal dan diselaraskan
mengikut metod-metod Islam. Lisan boleh melayakkan para pelakunya dalam
kedudukan yang dihormati dan juga dipandang mulia oleh orang di sekeliling.
Penulis
telah menegaskan pembaca dengan membawakan tajuk yang amat berkaitan dengan
titipan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang direkodkan, Sabda baginda,
مَنْ
كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“Barang
siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata yang baik
dan jika tidak, maka diamlah.” [Shahih Al-Bukhari no. 6018 dan Muslim no. 47]
Penerangan
daripada penulis buku ini mencatatkan ibrah ataupun pelajaran yang sangat mustahak.
Di antaranya yaitu :
1. Pentingnya
bagi seorang muslim berfikir terlebih dahulu sebelum dia memilih untuk
meneruskan perbualannya. Kerana, ramai dalam kalangan kita sendiri menyesal di
pengakhiran jalan kerana menghembuskan kata-kata yang menyakitkan. Bak kata
peribahasa Melayu yang sering kedengaran, “Telajak perahu boleh undur,
terlajak kata buruk padanya.”
2. Bercakap
benar ataupun diam. Nabi SAW memperingatkan bahawa jika seseorang membimbangi
dirinya tidak mampu mengungkapkan kata-kata yang baik, maka pilihan yang
terbaik ialah memilih untuk berdiam.
3. Tahan
lisan daripada memulakan perselisihan. Misalnya, ketika kita sedang berdebat
dengan seseorang, sebaiknya kita mengunci lisan walaupun kita berada dalam
posisi yang benar. Bercakap dengan manusia yang suka berdebat tidak
mendatangkan maslahat. Sekiranya kita tidak mampu menahannya, dikhuatiri kita
juga tidak ada beda
karena
gemar memulakan suatu permusuhan.
4. Bahasa
sangatlah penting dalam berdakwah. Bagi para da’i mereka perlu mempelajari
teknik penyesuaian kata bagi menghasilkan keberkesanan dakwah kepada masyarakat
yang masih mentah dalam soal hukum agama. Bahasa yang kasar, keras dan
sebagainya boleh menyebabkan manusia lari dan pendakwah tidak lagi ingin
dikenali dan disanjungi.
5. Jangan
menggunakan lisan untuk mencemuh, mengejek, mengeji dan bermacam lagi olahan
kata-kata yang buruk. Kerana sesungguhnya nikmat lisan ini boleh mengakibatkan
seseorang dijunamkan ke dalam api neraka. Naudzubillahi mindzalik.
Sebagai
penghias bicara akhir, buku ini sangat disarankan bagi meningkatkan kualiti
kita dalam bercakap. Diam tidak meletakkan manusia dalam tapak yang rendah.
Tetapi, diam mampu mengagungkan jati diri manusia apabila dia bijak
mengendalikan lisan demi kebaikannya di hari akhirat kelak.
Di
akhiri dengan satu pesanan ringkas daripada pengarang yang tertera pada
bahagian blurb, “Kita
juga hendaklah berbicara sekadar yang perlu kerana bercakap banyak bercakap,
khuatir sekiranya diibaratkan seperti tin yang kosong, nyaring bunyinya.
Kata-kata ini bermaksud orang yang banyak bicaranya, namun tidak memberi
manfaat kepada yang mendengarnya.
TENTANG PENULIS:
Nama
penuh Suriati Munal atau lebih dikenali dengan nama pena Syuhara Suriati.
Dilahirkan pada 27/10/1993. Berasal dari Sabah, Malaysia. Penulis antologi,
anekdot, artikel, puisi dan resensi buku. Sudah menerbitkan 14 buah buku
termasuk 2 buku solonya. Penulis muda ini juga pernah menulis 3 buku antologi
bersama penerbit Rumedia dari Indonesia. Penulis boleh dikenali di laman
facebook Syuhara Suriati.