Nama buku |
: Biar Susah Asal Lillah, Biar Susah Asal |
Penulis |
: Dwi Suwiknyo |
Muka surat |
: 275 |
Penerbit |
: Puteh Press |
Tahun terbit |
: 2022 |
Cetakan |
: Kedua |
ISBN |
: 9-789673-695836 |
Pengulas |
: Suriati Munal |
Terlalu banyak perkara dalam dunia ini tidak
mampu dicapai oleh semua orang dengan segera. Hal ini disebabkan karena, setiap
manusia ada limitasinya ataupun hadnya dalam mendapatkan sesuatu perkara. Dalam
menginginkan keseluruhan ini, ada ketikanya seseorang harus menempuh sedikit
ujian sehingga membentuk karakter yang amat hebat dan mengakibatkan tubuh
semakin kesakitan. Tidak cukup itu, kecederaan terhadap emosi juga semakin bertambah-tambah
apabila mulai diserang oleh peluru nista daripada masyarakat yang tidak memahami
penderitaan seseorang yang tengah hanyut ditenggelami oleh kesengsaraan.
Kesakitan ini, sekiranya ditanam sehingga
mengakar, ia akan mengganggu dan memproses tekanan-tekanan yang akan memenuhkan
lagi kotak permasalahan. Padahal, ada hal yang lebih penting untuk difikirkan
dalam memperbaiki gerak kehidupan yang dilihat bagaikan samar-samar tanpa arah
tujuan.
Buku karangan Ustaz Dwi Suwiknyo dari Indonesia
ini tepat hadir menjawab kemusykilan hidup yang berlegar-legar di persekitaran
kita. Judul buku penulis ini agak menarik kerana menampilkan dua sisi tajuk
yang berlainan iaitu, Biar Susah, Asal Lillah dan Biar Susah, Asal
Berkah.
Permulaan membuka bagian ini, banyak sekali
lampiran tajuk yang membuka luas mata hati kita. Terdapat kandungan yang
mengetuk pintu hati pembaca mengenai kesempitan hidup yang kerap kali
dikeluhkan oleh setiap orang pada setiap masa, yang mana penulis sebenarnya
mahu manusia membina keyakinan kepada Tuhan yang ada membantu di sebalik
kepayahannya. Untuk inilah, penulis menitipkan pesan bahwa adalah penting bagi
manusia untuk menilai kebaikan ataupun hikmah yang tersimpan di sebaliknya. Ini
adalah supaya seseorang itu tidak sekadar melihat kesusahan tersebut sebagai
alat penyeksaan tetapi melihat akan kebaikan yang bakal diterima. Meski agak
sedikit namun nilainya lebih agung.
Pada bagian kedua pula, Biar Susah Asal Berkah,
tidak kurang bedanya seperti tajuk yang pertama. Topik yang hampir serupa,
tetapi menuju ke arah yang sama. Penulis mengajak sekalian pembaca agar
mengutamakan keberkahan di sebalik mata pencarian walaupun nikmat hidup tidak
semewah seperti orang yang memiliki segala-galanya. Keberkahan dalam seluruh
tindakan itu adalah keuntungan paling besar bagi seorang hamba yang
perlahan-lahan istiqomah dalam berusaha.
Lain daripada itu, kebanyakan penulis telah
memuatkan contoh-contoh watak manusia yang asal hidupnya hanyalah biasa-biasa saja,
akan tetapi dalam paparan buku ini kita dapat menggali teladan dan menyaksikan
sendiri bagaimana mereka mampu meraih kemenangan di pengakhiran jalan kerana
meletakkan Maha Pencipta sebagai benteng kekuatannya.
Sifat manusia dilahirkan sebagai individu yang
tidak pernah sesekali mencapai kepuasan. Namun demikian, jiwa akan sukar
menemui ketenangan jikalau terus mengejar cinta terhadap material, uang,
pangkat dan nama semata-mata.
Maka
dari itu, ia wajar di ubah mengikut kebijaksanaan akal dan etika kita dalam
mengawal serta menyelaraskannya. Buku ini juga mengingatkan kita agar tidak
mengabaikan permintaan doa dan tidak berputus asa memohon pertolongan dari pada
dia yang mengatur masa hadapan manusia.
Dengan adanya pencerahan oleh penulis, karya
ini tulus mengubah persepsi seseorang terhadap nasib yang di laluinya. Keadaan
boleh bertukar menjadi suatu hal yang menyembuhkan asalkan saja seseorang itu mencuba
meluaskan ufuk fikirannya dalam menyelesaikan permasalahan berlandaskan wahyu.
Sentuhan halus daripada penulis berjaya
meluruhkan kata-kata indah dan jelas memandu pembaca kembali hidup berTuhan. Untuk
itu, buku ini enak dinikmati karena dapat mempengaruhi kita menjana rezeki
mengikut peraturan Allah yang selayaknya, dan mendidik diri sendiri berjuang
dengan penuh keikhlasan tanpa menghirup sanjungan orang lain.
Tidak berjaya, tidak mengapa. Tidak kaya, tidak
mengapa. Kerana, yang lebih penting dalam soal rezeki ini adalah dari sudut keberkahannya.
Rumah yang kecil, bebas daripada hutang, hati yang tenteram dan jauh daripada
permusuhan manusia juga merupakan rezeki daripada Tuhan.
Sebagai penutup, semoga di hari-hari yang
mendatang cara pandang kita terhadap takdir Tuhan semakin membaik. Semoga buku
ini menuntun kita untuk kekal bertahan melayani segala cobaan, agar kesulitan ini
dapat menolong kita untuk bersangka baik kepada Tuhan.
Tentang Penulis
Nama penuh Suriati
Munal atau lebih dikenali dengan nama pena Syuhara Suriati. Berasal dari Sabah,
Malaysia. Penulis antologi, cerpen, anekdot, artikel, puisi, majalah dan
resensi buku. Sudah menerbitkan puluhan buku termasuk 3 buku solonya. Artikel
penulis banyak menembusi laman web seperti Pertubuhan Ikram Malaysia, Jejak
Tarbiah dan TZKRH.COM. Terbaharu karya penulis berjudul Be Solehah.
Penyelenggara buku bawah Kismy (Komuniti Menulis Malaysia). Penulis muda ini
juga pernah menulis 3 buku antologi bersama penerbit Rumedia dari Indonesia dan
2 judul buku antologi bawah Nulis Yuks. Penulis boleh dikenali di laman
facebook Syuhara Suriati.